Thursday, 13 December 2012

T-tam dan ekornya

Assalammualaikum,

Banyak plak entry hari ini...byk pic diorg ni. Kali ni aksi si nakal Shibee...
Kisahnyer bermula begini.

Pada suatu hari yang tenang, T-tam sedang berehat di atas katil kakak yang empuk lagi best ini dengan senang lenangnyer.
Mangsa kejadian
Tiba-tiba muncul seekor kucing kenit yang seolah-olah tidak senang melihat akan kesenangan T-tam. T-tam mula berjaga-jaga kerana khuatir dengan pandangan si kenit yang dipanggil Shibee ini. Si kenit Shibee ini walaupun lebih bersaiz kecil dari T-tam, namun mampu membuatkan T-tam menjerit kesakitan ekoran dari gigi si kenit Shibee yang tajam seperti jarum dan turut ditakuti oleh kakak dan seluruh isi keluarga beliau.


T-tam: Apa hal plak budak ni dok usha2 aku ni.
 Tanggapan bahawa Shibee akan melompat dan menerkam T-tam adalah meleset sama sekali kerana Shibee tidak berbuat demikian. Dia telah berjalan perlahan-laha menuju ke dinding belakang T-tam. Hmm...apalah si Shibee ni nak buat ek.
 Tiba-tiba, satu tindakan yang tidak dijangka telah dilakukan oleh Shibee yang telah membuat T-tam menjerit dan menendang Shibee namun tidak berjaya kerana Shibee yang nakal ini tidak mudah mengaku gagal.

Hahahaaaa..nak tau apa si Shibee ni buat..Jommmmmm....


Teng....tenggg....
.
.
.
....

teng..teng....
.


....


hahahaaaaaaaa....lawak tul

....

budak naughty ni tau. xbaikkkkk....
....



muka xbersalah plak tu

Shibee telah mengigit ekor T-tam yang kontot itu

Gigitan yang sekuat hati barangkali sehingga membuatkan T-tam menjerit dan menyepak si Shibee ni namun tidak berjaya.


Hahahahaaaaa...xsenonoh Shibee...xbaik tau sayang manja kakak ni. T-tam tur dah bad mood jer memanjang. Yng die g gigit plak ekor T-tam tu. Dah lar kontot...putus kang...how??????

Respon Shibee lepas kena marah....

AAK - ADA AKU KISAH

Kisah lar jugak...muka merajuk

Xnak kawan semua orang...buekkkkk
Hahahahahaaa...macam-macam perangai...terhibur ada kucing ni.

Ok, tq

No comments: